Senaman Pada Bulan Puasa

Disamping Disamping meraih ganjaran pahala, tahukah anda solat Tarawikh merupakan salah satu senaman yang paling mudah dilakukan pada bulan Ramadan. 20 rakaat selama 2 jam dapat bakar sehingga 300 kalori.

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia, kita dituntut untuk melaksanakan solat sunat Tarawikh yang tidak ada dalam bulan-bulan yang lain secara berjemaah atau bersendirian. Hukum solat sunat Tarawikh adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut). Disebabkan itu, kita sering mendengar akan hadith-hadith berkaitan kelebihan solat sunat Tarawikh.

Ramadan adalah peluang paling hebat untuk anda membakar segala lemak simpanan yang anda dah kumpul sepanjang tahun.

KENAPA? sbb masa anda berpuasa, glukos dalam badan anda akan menjadi rendah dan ini akan memaksa badan anda untuk menggunakan lemak yang tersimpan sebagai bahan utama untuk mendapatkan tenaga.

“eh aku selalu bulan puasa tak ada pun kurus”

Macam mana nak tingkatkan pembakaran lemak tu?

Lakukan senaman kardio selama 30-45 minit sebelum berbuka puasa. Pada waktu itu, glukos dalam darah berada pada tahap terendah setelah berpuasa sepanjang hari.

Kurangkan pengambilan karbohidrat sepanjang bulan puasa. Ini akan meningkatkan kepekaan insulin kepada pembakaran lemak yang lebih.

Apakah senaman yang sesuai dilakukan semasa bulan Ramadan?

Anda boleh lakukan senaman yang ringan semasa anda sedang berpuasa. Contoh yang terbaik adalah senaman ringan seperti slow jog, berenang, driving range (golf) atau apa juga aktiviti yang tidak melibatkan intensity yang tinggi.

PENTING: Anda perlu elak senaman yang mempunyai intensity yang tinggi bukan kerana anda tidak akan ada tenaga, tetapi kerana badan anda kekurangan air dari berpuasa.

BERHENTI: Bersenam kalau anda ada rasa pening kepala kerana itu adalah tanda utama badan anda kekurangan air.

INGAT: Badan kita adalah mesin yang sangat hebat dan boleh menyesuaikan diri mengikut gaya hidup kita. Jadi, berikanlah badan kita masa untuk membiasakan diri dengan pengubahsuaian yang sedang anda lakukan semasa bulan puasa. Take it easy, selepas 2-3 hari, anda boleh cuba untuk meningkatkan intensity.

Antara contoh video yang anda boleh ikut di rumah

Apa itu intensity senaman?
Intensity senaman adalah kesukaran sesuatu senaman itu, sebagai contoh, lari pecut mempunyai intensity yang lebih tinggi daripada berjalan kaki.

Apakah contoh aktiviti bulan Ramadan yang dapat meningkatkan pembakaran kalori?

1. Berjalan di bazaar Ramadan
2. Shopping untuk baju raya
3. Membeli belah
4. Masak
5. Bersihkan rumah
6. Hias rumah
7. Tarawikh
8. Buffet? Duduk jauh2
9. Balik kampung
10. Sahur

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami