Senaman Gim Ringkas

Seumur hidup anda tak pernah jejak kaki ke gym? JANGAN risau, teruskan bacaan.

GYM adalah satu perkataan yang sangat gerun untuk anda dengar, mana tidaknya dalam tu penuh dengan orang sado yang akan pandang semacam je bila kita masuk. Tapi JANGAN RISAU, lepas baca ni anda pun boleh jadi sado juga.

Terdapat beberapa cara untuk anda bersenam di gym

  • Tanpa sebarang peralatan
    • Senaman yang sangat mencabar untuk keseluruhan badan anda. Senaman ini menggunakan paling banyak otot dalam badan anda
  • Dengan pemberat bebas
    • Contoh seperti Dumbell atau Barbell
    • Senaman ini akan membantu anda untuk mensasarkan bahagian otot badan yang tertentu
  • Menggunakan mesin
    • Senaman ini dapat membantu anda untuk mensasarkan beberapa otot badan anda pada suatu masa yang sama

Ada 2 perkara asas yang anda perlu tahu sebelum terus membaca. Reps adalah berapa jumlah ulangan anda sebelum berehat, dan Sets pula adalah berapa kali anda perlu ulang reps tersebut.

Anda boleh membahagikan senaman anda mengikut bilangan reps yang anda buat:

  • 1-5 reps dalam 1 set, untuk menguatkan otot anda
  • 6-12 reps dalam 1 set, untuk membina otot
  • 12-15 reps dalam 1 set, meningkatkan tona otot anda, meningkatkan ketahanan otot anda
  • 15 reps atau lebih, untuk meningkatkan perkembangan otot dan ketahanan otot anda

Kebaikan senaman di atas:

  • Meningkatkan ketahanan dan kekuatan anda
  • Menguatkan rangka anda dan mencegah osteoporosis
  • Memperbaiki postur badan anda
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan anda

PERKARA PENTING!!

  • Jangan lupa untuk memanaskan badan
  • Rehat yang mencukupi sebelum dan selepas gym
  • Jangan terlalu memaksa badan anda untuk nampakkan hasil yang cepat
  • Selepas anda bersenam, boleh regangkan otot anda untuk bantu anda pulih dan mengurangkan kesakitan otot

Anda boleh tengok video untuk memanaskan badan di sini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami