Menu Diet Puasa_Ikut Ni dan Guarantee Berat Badan Boleh Turun 5-10 KG

Pendedahan dengan kisah-kisah kejayaan daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan di media sosial adalah trend kurus pada zaman sekarang. Banyak menu yang dikongsi tetapi bagaimana menu-menu tersebut berkesan? Jom kita kaji.

Pertama sekali, kita harus tahu kepentingan berbuka, moreh dan sahur sebelum kita boleh cuba menu-menu yang dapat membantu menurunkan berat badan. Ketiga-tiga waktu ini adalah penting dalam proses tubuh untuk membiasakan diri dengan perbezaan yang dialami semasa berpuasa. Cuma ingat tiga point ini sahaja.

BERBUKA
Menggantikan tenaga yang hilang selepas berpuasa seharian

SAHUR
Menyediakan tubuh dengan tenaga untuk bertahan semasa berpuasa seharian

MOREH
Snek sahaja dan tak wajib pun!

Ramai kita mempunyai mindset berbeza-beza tentang makanan yang diambil waktu berbuka sehingga sahur. Ada yang makan dua pinggan nasi semasa berbuka, moreh dengan makanan yang berat dan sahur dengan begitu sedikit sehingga nutrisi  tak mencukupi. Ada yang berbuka sedikit kerana takut badan tidak boleh beribadat terawih dengan baik tetapi top-up semua makanan berat waktu moreh. Tak sampai tiga jam lepastu terus pula tidur lagi membantu kenaikan berat badan.

Bagi mereka yang berdiet dan nak kurus, HENTIKAN habit seperti ini. Kalau nak kurus perkara ini perlu dipandang serius dan memerlukan disiplin tinggi. Tambahan pula, fungsi tubuh lebih sensitif sewaktu berpuasa berbanding hari biasa. Jumlah dan jenis makanan adalah paling penting untuk diet semasa berpuasa.

JUMLAH DAN JENIS MAKANAN ADALAH PENTING UNTUK DIET SEMASA BERPUASA

KOMPONEN DAN MENU DIET PUASA

Strategi adalah penting untuk menentukan penurunan berat badan. Tips yang kami kongsikan adalah sesuai untuk semua termasuk mereka yang teringin menu bazaar Ramadhan. Tapi sepanjang musim PKP ni, proses nak kurus sepatutnya menjadi lebih mudah sebab semua orang makan masakan rumah. Jom kita lihat menu-menu penting yang boleh dicuba.

Sebelum kita pergi kepada menu diet puasa, kita perlu lihat dulu jenis makanan yang perlu diambil bagi tiga waktu utama berpuasa bagi setiap muslim di seluruh negara iaitu berbuka, moreh dan sahur.

TIPS BERBUKA

Makanan berbuka seharusnya seimbang dan bernutrisi. Bukannya makanan seperti majlis keramaian! Makan secara berlebihan boleh menyebabkan faktor kurang baik seperti penghadaman dan paling tidak diingini ialah kenaikan berat badan.

Buat:

  • Pastikan makanan yang dipilih rendah lemak. Contohnya tidak bergoreng, ayam bahagian dada, daging tanpa lemak, dan ikan yang dibakar atau stim. Cliché tapi penting.
  • Pastikan terdapat komponen karbohidrat (nasi, sayuran, makanan berasaskan bijiran penuh) dan protein
  • Air mesti cukup supaya dapat menggantikan cecair yang hilang dalam tubuh. Tapi jangan lebih water retention pula nanti.
  • Ambil makanan yang boleh memberikan hidrasi kepada tubuh. Antaranya makanan yang kaya dengan potasium seperti pisang dan kurma. Postasium penting kerana mengekalkan cecair dalam badan dan menyeimbangkan elektrolit (untuk sistem saraf, fungsi otot, menyeimbangkan asid dalam tubuh, dan memberikan hidrasi dalam badan.
  • Sup juga boleh diamalkan tetapi yang rendah garam dan MSG. Sup berasaskan protein atau sayuran boleh membekalkan nutrisi yang badan perlukan dan membantu dalam mengelakkan pengambilan berlebihan makanan pejal selepasnya kerana anda sudah berasa sedikit kenyang. Jangan risau moreh dan sahur masih ada!
  • Kalau boleh fokus kepada satu jenis makanan sahaja. Contoh kebab dan air kosong. Tapi mustahil kan? Takpe kita boleh adjust lagi bahagian ni.

Jangan Buat:

  • Elakkan makanan atau minuman manis kerana ianya tidak akan membuatkan anda rasa kenyang dalam jangka masa lama.
  • Jangan ambil makanan bergoreng kerana  membawa kepada penambahan lemak dalam badan. Apabila seharian berpuasa, badan menggunakan lemak sebagai tenaga dan faktor inilah yang membuatkan ramai orang turun berat badan. Tapi bila kita top-up lagi lemak ini membuatkan cycle lemak kita tidak ke mana.

MENU BERBUKA

Asas:

  • Air dan kurma
  • Sup berasaskan sayur/ayam/daging.
    *Alternatif-Bubur lambuk juga boleh tetapi sudah dipenuhi kalori daripada nasi dan santan. Kalau nak ambil bubur lambuk kurangkan jumlah pengambilan nasi selepasnya.
  • Nasi sebagai karbohidrat
  • Sayuran atau buah sebagai serat. Pastikan clean (tidak digoreng dengan minyak banyak, pedas, tinggi garam, atau lemak) dan memberikan hidrasi. Contoh timun,tomato. Buah pula seperti tembikai.
  • Ayam/daging/ikan yang dibakar, rebus dan stim sebagai sumber protein. Elakkan bergoreng atau tinggi dengan santan, gula atau garam.

Di rumah boleh sediakan….

  • Air dan kurma- (Hidrasi dan menggantikan semula tenaga)
  • Sup sayur campur- (Serat)
  • Nasi jenis basmathi atau perang lebih baik, segenggam sahaja -(Karbohidrat)
  • Ayam masak halia- (Protein)
  • Buah-buahan seperti tembikai atau tembikai susu- (Serat)

Kalau ke bazar tahun depan boleh pilih salah satu bagi setiap komponen menu di bawah:

Sumber karbohidrat

  • Roti john (tapi minta kurang sos dan lebih boleh simpan untuk sahur juga)
  • Kebab
  • Capati kosong
  • Roti nan

Sumber Protein

  • Ayam bakar
  • Ikan bakar
  • Tandoori

Serat

  • Air jus (tapi minta kurangkan gula atau lebih balik jangan bubuh gula langsung)
  • Popia sayur jenis basah (juga kurangkan kuah)
    *Cuba say NO to kambing bakar kerana banyak sos, kuih-muih manis, juadah kuih bergoreng, air manis.

Bagi yang bercadang untuk bersenam antara berbuka dan moreh, boleh gantikan juga dengan protein shake atau suplemen tambahan untuk memberikan tenaga secukupnya. Tekan sini untuk suplemen penambahan tenaga.

TIPS MOREH

Anggap moreh sebagai waktu untuk snacking dan jangan ambil makanan yang tinggi kandungan gula atau lemak pada waktu ini. Tubuh seharusnya tidak dibebankan dengan karbohidrat atau lemak sebelum tidur.

Buat:

  • Tambahkan kalsium dengan pengambilan susu
  • Ambil buah-buahan tapi yang tidak menyebabkan kembung. Lihat artikel tentang makanan yang menyebabkan rasa kembung
  • Lebihkan kekacang
  • Lebihkan snek bijirin penuh

Jangan buat:

  • Beli snek daripada restoran fast food (fries, sundae, burgers, iced mocha, ice  latte)
  • Ambil minuman manis seperti 3 in 1
  • Habiskan semua kuih manis tak habis berbuka tadi. Kalau satu sahaja boleh dimaafkan lagi
  • Kunyah super ring, mister potato, pringles, Cadbury dan lain-lain.

MENU MOREH

Asas:

  • Pastikan semua jumlah makanan yang diambil adalah kecil
  • Amalkan pemakanan clean pada waktu ini
  • Banyakkan serat pada waktu ini

Di rumah boleh sediakan…

  • Buah-buahan dalam jumlah kecil (mangga, betik, anggur, oren) -(Serat)
  • Kacang gajus, badam dan pistachio- (Serat)
  • Buah-buahan kering seperti aprikot, buah ara (fig) dan lain-lain-(Serat)
  • Susu rendah lemak -(Kalsium)
  • Green tea -(Detoks)
  • Snek granola -(Serat)
  • Roti wholemeal dengan mentega kacang rendah gula -(Serat)
  • Caesar salad -(Serat)

TIPS SAHUR

Sahur merupakan waktu paling penting untuk mengisi tubuh dengan komponen makanan penting supaya badan dapat bertahan sepanjang hari. Kalau tersilap langkah boleh menyebabkan dehidrasi, penat, kelaparan dan akhirnya menyebabkan makan secara berlebihan waktu berbuka nanti. Kalau tak jaga boleh membawa kepada kenaikan berat badan tanpa kita sedari!

Buat:

  • Banyakkan air
  • Cukupkan protein, lemak baik, karbohidrat kompleks, protein, dan serat. (Lihat artikel makanan terbaik untuk sahur)
  • Ambil makanan rendah lemak
  • Ambil serat daripada sayuran yang dihadam dengan perlahan
  • Tingkatkan makanan berserat daripada bijirin penuh

Jangan buat:

  • Skip sahur! Badan akan jadi lemah sepanjang hari dan menganggu pembakaran lemak dan pembinaan otot
  • Ambil makanan yang terlalu berat
  • Tidur terus selepas sahur dan memberi kesukaran untuk sistem penghadaman menghadam makanan dan menyerap nutrisi.

Asas:

  • Air dan kurma
  • Nasi sebagai sumber karbohidrat.
  • Sayuran atau buah sebagai serat. Pastikan clean (tidak digoreng dengan minyak banyak, pedas, tinggi garam, atau lemak) dan memberikan hidrasi. Contoh timun,tomato. Buah pula seperti tembikai.
  • Ayam/daging/ikan yang dibakar, rebus dan stim sebagai sumber protein. Elakkan bergoreng atau tinggi dengan santan, gula atau garam.
  • Lemak baik daripada minyak zaitun atau mentega tanpa garam untuk membakar lemak dan membina otot.
  • Makanan bijirin penuh seperti oat atau cereal

Di rumah boleh sediakan…

  • Air dan kurma- (Hidrasi dan menggantikan semula tenaga)
  • Roti wholemeal disapu mentega kacang atau sandwich telur dan timun (gunakan roti jenis  wholemeal). Atau cuma ambil oatmeal dan susu pun ok-(Serat dan protein)
  • Satu jenis buah -(Serat)

Kalau nak nasi juga…

  • Air dan kurma
  • Segenggam  nasi basmathi atau nasi perang adalah lebih baik
  • Ikan rebus dan sambal belacan atau ayam yang dibakar bersama minyak zaitun, lada hitam dan garam sedikit sahaja (garam Himalaya lebih baik)
  • Timun atau tomato

Ataupun…

  • Air dan kurma
  • Bubur lambuk
  • Satu jenis buah

TIPS UMUM PUASA

Antara tips-tips lain yang boleh membantu adalah seperti berikut:

  • Kurangkan garam kerana boleh menyebabkan rasa dahaga sepanjang hari
  • Potasium daripada kurma dan buah-buahan seperti pisang perlu diambil dengan berhati-hati dan tidak berlebihan
  • Kurangkan minyak dan sebaiknya ganti dengan minyak zaitun iaitu lemak baik
  • Elakkan makanan proses seperti makanan dalam tin kerana kandungan garam dan gula yang tinggi
  • Elakkan minuman diuretic yang akan membuatkan kencing menjadi kerap seperti kopi dan teh. Tetapi teh hijau atau teh oolong digalakkan
  • Jangan terlebih makan atau minum air
  • Makanan manis boleh membuatkan rasa lapar menjadi lebih tinggi dan menggalakkan overeating
  • Elakkan karbohidrat mudah seperti donut atau pastri
  • Sebagai negara yang kaya dengan budaya dan kaum, cuba explore makanan etnik lain yang sihat. Contohnya ladu,dim sum dan sup herba etnik cina. Buat etnik India pula boleh cuba rasam dan masakan sayuran mereka yang kaya dengan rempah.

Dengan disiplin dan komitmen, dijamin kita semua boleh menurunkan berat badan dengan jayanya pada minggu-minggu akhir Ramadhan ini. Suplemen penambahan tenaga juga boleh disertakan untuk meningkatkan metabolism serta melengkapkan tubuh dengan vitamin dan zat yang diperlukan. Bersertakan dengan panduan pemakanan dan pengambilan suplemen yang tepat di atas, semoga raya tahun ini saiz baju boleh ditukar kepada kategori yang diinginkan!

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami