Makanan Ini Menyebabkan Rasa Kembung Ketika Berbuka Terutamanya No.7

Kadang-kadang makan banyak ok tapi bila makan sikit rasa kembung. Apakah puncanya? Baca penjelasan artikel pada kali ini.

Bulan puasa ni nafsu makan akan memuncak bila waktu berbuka tiba. Kalau boleh semua benda teringin nak cuba dan telan. Tapi kadang-kadang bila baru makan sikit je perut dah rasa kembung walaupun sebenarnya boleh isi lagi. Selalunya beberapa jam kemudian pula mesti rasa lapar nak makan lagi sebab sebelumnya makan sikit. Pernah alami kan? Sedar atau tidak perkara ini telah mengundang kepada kenaikan berat badan pada hari biasa dan lebih parah pada bulan Ramadhan.

Jadi kenapa situasi seperti  ini terjadi dan apakah makanan yang menyebabkan kepada masalah kembung perut? Kami ulas di sini.

Kembung perut selalunya disebabkan oleh angin atau masalah penghadaman. Tapi masalah kembung adalah normal dan bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Selalunya kembung atau berangin dikaitkan dengan apa yang dimakan dan cara kita makan.  Jom kita lihat beberapa makanan yang berpotensi untuk menyumbang kepada masalah kembung.

1.Kekacang

Kekacang mempunyai jenis gula yang tidak dapat dipecahkan dan termasuk dalam kategori makanan FODMAPs (fermentable oligo-, di-, mono-saccharides and polyols).  FODMAPs merupakan makanan yang mempunyai karbohidrat rantaian rendah yang tidak melalui proses penghadaman. Karbohidrat ini kemudiannya ditapai oleh bakteria dalam usus yang akhirnya menghasilkan gas. Apa jenis kekacang yang termasuk dalam kategori FODMAPs?

Kami senaraikan beberapa jenis yang tinggi FODMAPs  dan selalunya dijamah rakyat Malaysia:

  • Kacang soya
  • Peas
  • Kacang yang dipanggang
  • Kacang buncis

Tetapi terdapat juga sesetengah kacang yang boleh diambil contohnya kacang hijau dalam bentuk bubur. Tapi kandungan santannya bagaimana pula? Nak tahu dapatkan panduan diet Ramadhan kami.

2. Minuman Berkarbonat

Minuman berkarbonat sebagai penyebab kembung bukanlah sesuatu yang ganjil lagi. Namun memang susah untuk tinggalkan kebiasaan ni tambah-tambah waktu berbuka. Bunyi air tumpah ke ais pun dah cukup melemahkan.

Hakikatnya minuman bergas mengandungi kandungan karbon dioksida atau gas yang tinggi.  Kalau gas ini terperangkap dalam sistem penghadaman maka berlakulah kembung. Jadi berwaspadalah dengan berapa gelas air gas yang diambil waktu berbuka, moreh atau sahur. Kalau boleh jangan ada langsung dan minum air putih sahaja.

3. Juadah Berbuka Berasaskan Tepung Gandum

Tidak dapat dinafikan kebanyakan juadah kuih-muih kita adalah berasakan kandungan tepung yang tinggi. Kuih bengkang, tepung pelita, donut dan lain-lain. Walaupun gandum merupakan rendah FODMAPs, tetapi makanan berasaskan gandum selalunya dijamah dalam jumlah yang banyak. Terutamanya sebagai juadah berbuka bagi mereka yang ingin mengelakkan nasi tidak kira makanan barat atau lokal.

Antaranya:

Juadah berbuka
-Kuih-muih (donut, karipap, popia)
-Kuih-muih bercampurkan unsur pulut (buah Melaka, kuih seri Muka)
-Mee goreng, roti goreng.

Makanan barat:
-Pizza
-Pasta

Semua di atas jika diambil dalam jumlah berlebihan memang akan mengundang kepada masalah kembung. Tambah lagi jika diambil semasa berbuka sebab pasti beberapa jenis kuih akan dicuba kerana disangka dalam jumlah kecil. Tambah parah jika disertakan dengan pulut yang memang diketahui ramai sebagai penyumbang kepada angin. Lebih baik mengambil nasi semasa berbuka  kerana ianya dapat dihadam dengan baik.

4. Sayuran Keluarga Kubis

Kalau berbuka mesti ada hari yang lauk pauknya berasaskan sayuran seperti yang disebut di tajuk. Sayuran berasaskan keluarga kubis seperti brokoli, kubis bunga dan kubis biasa kalau dibuat goreng kilas memang lazat dinikmati dengan nasi panas. Malangnya sayuran-sayuran ini termasuk dalam kategori tinggi FODMAPs. Oleh itu, lepas ni bolehla berjaga-jaga dalam pengambilan sayur-sayuran kategori ini.

5. Makanan Berasaskan Tenusu

Susu kurma adalah paling hit bila tiba sahaja Ramadhan. Tetapi amatlah tidak disarankan untuk mengambil susu waktu berbuka bersama juadah lain. Susu juga boleh memberi kesan kepada mereka yang tidak dapat menghadamnya dan menyebabkan kembung . Oleh sebab itulah susu disarankan untuk diambil pada waktu tertentu sahaja.

6. Buah-buahan Tertentu

Terdapat beberapa jenis buah-buahan yang sebenarnya tanpa kita sedari boleh menyebabkan masalah kembung. Antaranya:

-Epal

Walaupun epal mempunyai kandungan nutrisi yang banyak serta rendah kalori, tetapi epal juga mengandungi fruktos yang tergolong dalam FODMAPs dan kandungan serat yang agak tinggi. Fruktos dan serat keduanya boleh bertahan di dalam usus besar dan menyebabkan angin dan kembung. Hal ini diperakui oleh Pakar Pemakanan Amerika, Emma Thornton.

-Pear

Buah pear mengandungi sorbitol yang menyumbang kepada kembung. Sorbitol adalah sejenis gula semulajadi. Jumlah sorbitol yang kecil boleh membantu proses pencernaan usus tetapi pada sesetengah orang boleh menyebabkan kembung perut. Sorbitol juga lambat untuk dicerna dan akan terperangkap dalam usus yang menyebabkan kembung.

-Jagung

Kalau pergi bazar Ramadhan atau pasar malam pada hari-hari biasa jagung bakar atau jagung cawan dengan produk tenusu seperti susu pekat dan mentega pasti merupakan salah satu pilihan.  Jagung mempunyai sejenis  karbohidrat yang sukar untuk tubuh cernakan. Kalau pernah rasa kembung lepas makan jagung bermakna tiba masa untuk mengambilnya dengan lebih berhati-hati.

-Tembikai

Tembikai sering dijadikan hidangan sampingan dalam majlis-majlis keramaian masyarakat kita. Tetapi tembikai juga tinggi dengan FODMAPs.

Antara buah-buah lain yang menyebabkan kembung termasuk anggur, mangga dan nanas. Mungkin atas faktor ini setengah buah-buahan disarankan sebagai snek dan bukan sebagai pendamping makanan utama. Seperti yang disarankan dalam diet kalori yang kami tawarkan.

Satu lagi faktor yang boleh dinilai adalah pengalaman sendiri secara berulang kali. Negara kita kaya dengan buah-buahan eksotik yang mungkin tidak diamalkan masyarakat barat contohnya jambu, mata kucing dan lain-lain. Oleh itu kajian mereka mungkin tidak begitu meluas ke atas buah-buahan ini dan kita boleh nilai sendiri buah apa yang setiap kali kita makan akan menyebabkan rasa kembung.

7.Bawang

Bawang adalah bahan masakan paling UTAMA dalam kebanyakan masakan kita. Namun, bawang putih dan bawang biasa keduanya mempunyai fruktan iaitu serat larut yang boleh menyebabkan kembung. Namun, serat ini tidak boleh dicerna oleh usus kecil yang mengakibatkan angin. Terutamanya bagi mereka yang gemarkan bawang yang belum dimasak, pengambilan bawang perlu diambil dengan berhati-hati. Contphnya kalau berbuka dengan sate, elakkanlah mengambil bawang mentah sebaliknya aim pada timun di sebelahnya.

Selain daripada makanan-makanan di atas. Terdapat juga beberapa faktor lain yang menyumbang kepada masalah kembung perut. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Makan secara berlebihan
    Ada antara kita memilih untuk kiasu semasa berbuka dengan mengambil makanan berat, kuih-muih dan minum air manis secara berlebihan.
  2. Mengambil makanan berlemak
    Makan makanan berlemak boleh membuatkan anda rasa penuh dengan tidak selesa. Lemak mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam berbanding protein atau karbohidrat oleh itu ianya membuatkan perut terasa penuh lebih lama.
  3. Makan dengan terlalu  cepat
    Ini juga boleh menambahkan risiko kembung selepas makan. Rasa kenyang boleh mengambil masa 20 minit sebelum sampai ke otak dan mengurangkan selera. Oleh itu, makan dengan lebih perlahan untuk mengelakkan faktor nombor 1 iaitu makan secara berlebihan.
  4. Intoleransi laktosa
    Badan tidak boleh menerima sesetengah jenis susu. Maka susu alternatif boleh diambil berbanding susu lembu.
  5. Kurang atau terlebih serat
    Sistem pencernaan memerlukan serat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Serat yang kurang boleh mengakibatkan sembelit dan perut kembung akan terjadi. Bila sembelit hadir, pengambilan serat boleh dibuat secara berperingkat kerana serat yang terlalu banyak juga boleh mengakibatkan gas berlebihan dan membawa kepada gejala perut kembung.

Mengurangkan Rasa Kembung

Faktor yang paling biasa menyebabkan kembung sementara adalah angin di bahagian abdomen. Sekurang-kurangnya separuh daripada angin dalam sistem penghadaman adalah angin yang ditelan. Sebahagian lagi adalah daripada bakteria yang dihasilkan oleh usus untuk menghadam makanan.

Kalau anda mengalami kembung disebabkan angin, elakkan tabiat ini yang menambahkan lagi potensi rasa kembung.

  1. Minum menggunakan straw
  2. Mengambil gula-gula getah
  3. Merokok

Tak perlu khuatir kalau mendapat kembung perut sebab ianya adalah normal.Tapi boleh mula risau kalau kembung juga menyumbang kepada masalah kesihatan dan  kenaikan berat badan. Makanan yang diambil sangatlah penting untuk dijaga. Kalau tidak buat 100 sit up pun belum tentu masalah kembung boleh hilang. Bagi mereka yang mengalaminya secara kerap, boleh rujuk doktor pakar untuk diagnosis dan kepastian.

Buat mereka yang risau dengan perut kembung walaupun dah bersenam dan berdiet, jadikanlah panduan di atas sebagai ilmu tambahan dalam berdiet. Tambah pula, kalau perut kembung dan berangin badan akan automatik terasa berat untuk bersenam. Setelah masalah di atas dipelajari dan dihadapi, terus ambil suplemen daripada TKO dan kembali semula kepada kasut sukan dan mula bersenam. Walaupun dalam bulan Ramadhan, senaman masih boleh diteruskan beserta tenaga tambahan yang diperoleh daripada Mega 3.0.

Dapatkan juga tips panduan pemakanan di bulan Ramadhan yang telah kami sediakan (klik sini). Rugi kalau tak cuba sekarang. Guarantee masalah kembung pun boleh diatasi dan kurus boleh dicapai. .

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami