Ikut Tips Ni Kalau Nak Kurus Ramadan Ni

“Bulan puasa tahun ni aku nak kurus!”
“Aku puasa pun tapi kenapa berat badan naik?!”

Ramadan adalah bulan puasa dan penghayatan bagi umat Islam sedunia. Ramadan bermaksud “panas terik” atau “terbakar”

Dinamakan macam tu sebab cuaca di Jazirah Arab pada bulan Ramadan sangat panas, sehingga sesiapa yang berjalan kaki tanpa kasut akan melecur kaki.

Aktiviti utama adalah fokus pada ibadah puasa, tapi ramai juga yang pasang niat untuk memanfaatkan bulan Ramadan ni untuk menurunkan berat badan. Yang pelik dia, nampak je mudah, tapi ramai yang selalu terkandas dalam misi ini.

Mana tak, dengan godaan dekat bazaar, dengan undangan berbuka puasa lagi, memang susah betul untuk nak mengehadkan permakanan dalam pada masa yang sama untuk fokus dengan misi menurunkan berat badan.

Dalam tulisan saya kali ini, saya nak share sikit tips2 untuk diet yang akan memudahkan anda untuk menurunkan berat badan pada bulan yang mulia ini.

1. Kira kalori anda

Pada peringkat awal, ini merupakan perkara yang paling susah untuk anda nak faham. Tapi percayalah, bila anda dah mula untuk belajar mengira kalori yang anda perlukan untuk menurunkan berat badan, nanti akan jadi lagi mudah.

Ada juga app yang boleh bantu anda untuk kira kalori, contoh yang paling mudah untuk orang Malaysia ni adalah Kalkulator kecergasan kami, MyFitnessPal dan juga MyNutriDiari. Kedua app ini sesuai untuk orang Malaysia kerana ada banyak pilihan makanan tempatan.

Mengira kalori adalah cara termudah untuk mengelak terlebih makan

2. Fokus pada kualiti makanan

Selain dari mengira kalori makanan anda, kualiti kalori makanan itu sangat penting. Sebagai contoh 100 kalori kek sudah tentu tidak sebagus 100 kalori ayam bakar. Ini adalah sangat penting kerana nutrisi dalam kalori tu adalah sangat penting untuk memastikan metabolisma anda berada pada paras yang baik.

Anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak, tingkatkan serat dan pastikan diet anda adalah seimbang.

Ayam bakar

3. Kurangkan gemuk air

Anda perlu kurangkan makanan yang mengandungi banyak garam, lebihkan serat dan kurangkan karbohidrat. Kerana garam dan karbohidrat akan membuatkan badan anda menyimpan air yang lebih dan ini merupakan faktor utama kepada masalah gemuk air.

Perkara penting yang perlu anda ingat adalah, anda tidak akan gemuk air jika anda minum air dengan cukup. Pelik kan? tapi itulah kenyataanya..

Kredit foto : malaysian dietition

4. Minum air dengan cukup

Salah satu perkara yang perlu di ambil perhatian untuk menurunkan berat badan adalah pengambilan air dalam diet harian anda. Air sangat penting dan banyak digunakan dalam proses pembakaran lemak, anda juga akan rasa cepat lapar jika badan anda tidak minum air dengan cukup.

Saya faham pada bulan puasa ni memang agak susah untuk anda minum air dengan cukup kerana waktu yang sangat terhad. Anda boleh mengikut jadual di bawah ni untuk memudahkan anda minum air dengan cukup.

  • 1 gelas sebelum sahur
  • 1 gelas selepas sahur
  • 1 gelas selepas azan maghrib
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas anda makan
  • 1 gelas selepas solat isha'
  • 1 gelas selepas terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur

4. Jangan tak sahur!

Walaupun apabila anda tak sahur, jumlah kalori adalah lebih kurang. Tapi ini akan membuatkan selera anda bertambah masa nak buka puasa dan ini akan membuatkan anda makan lebih banyak semasa buka puasa.

Makanan yang sesuai semasa sahur adalah makanan yang tinggi dengan protin dan serat. Anda boleh makan nasi, tapi seperti yang disyorkan, segenggam sahaja. Anda juga boleh amalkan minum susu kurma atau air kurma ketika sahur.

susu dan kurma adalah hidangan terbaik sepanjang ramadan

5. Berbuka dengan betul

Selalu masa waktu buka puasa ni lah kita selalu makan dengan banyak.
“ohh sehari aku puasa, boleh lah makan banyak tak gemuk punya”
Ini adalah anggapan yang salah, walaupun kita tak makan satu hari, tapi jika kita makan terlebih masa buka puasa dan malam kita tak aktif, semua tenaga dari makanan yang kita dah makan tadi akan terus ditukarkan menjadi lemak dan ini adalah faktor utama berat badan anda akan naik walaupun anda berpuasa penuh.

Makanan yang sesuai untuk berbuka puasa adalah makanan yang rendah dengan karbohidrat, tinggi serat dan tinggi dengan protin.

Dan paling penting, berhenti makan 3 jam sebelum anda tidur.

6. Solat tarawikh adalah satu senaman

Selain daripada anda dapat mengutip pahala daripada solat tarawikh ini, tarawikh juga merupakan senaman yang paling mudah untuk anda lakukan pada bulan Ramadan. 20 rakaat setiap hari pada bulan Ramadan, anda dapat bakar sehingga 300 kalori dalam masa 2 jam tu!

Jadi adakah Tawawikh ini merupakan senaman? Jawapan saya adalah sudah tentu!

Disamping mendapat pahala, solat tarawih juga boleh menjadi senaman baik untuk anda


Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami