COVID 19, PUASA DAN KURUS-APA YANG DAPAT KITA MANFAATKAN

Ramadhan sudah menutup tirainya dan telah banyak yang kita lalui pada bulan yang mencabar ini. Walaupun begitu, perjuangan untuk mengekalkan kesihatan perlu diteruskan terutamanya dengan kekangan yang perlu dihadapi dalam gejala musim virus ini.

Apa yang kita dapat belajar daripada musim Covid-19 sepanjang bulan Ramadhan ini serta peranannya kepada kesihatan? Berikut kami rumuskan.

1. KESIHATAN

Kita semua sudah mengikuti perintah kawalan pergerakan sejak hampir tiga bulan ini dan paling mencabar gejala Covid-19 juga berlanjutan di bulan Ramadhan. Hal ini membuatkan seluruh rakyat Malaysia terpaksa akur dengan limitasi pergerakan. Namun kesihatan daripada segala sudut masih perlu diteruskan supaya aktiviti penjagaaan badan perlu diteruskan. Amalkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan risiko virus Covid-19.

Sentiasa mencuci tangan

Langkah di atas merupakan paling asas dan paling banyak diingatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada orang ramai. Sentiasa mencuci tangan setelah sampai di rumah atau sediakan hand sanitizer setelah selesai membuat sebarang urusan. Termasuk pergi ke kedai membeli barang dan berlaku transaksi atau sentuhan walaupun minimal!

Elakkan Mengunjungi Tempat Tumpuan Orang Ramai

Walaupun kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hal ini tidak semestinya membuatkan kita boleh memandang enteng terhadap kelonggaran yang diberikan. Jangan ambil mudah dan minimumkan aktiviti luar.

Topeng Muka adalah Norma Baharu

Walaupun kita sudah menerima kehadiran Aidilfitri, kita tetap masih dalam tekanan Covid-19. Jangan tinggalkan topeng muka semasa mengunjungi ahli keluarga, ke pasar raya atau dalam melakukan apa-apa aktiviti musim perayaan. Ingat, hadkan berada dalam kumpulan yang melebihi 20 orang. Jangan beri risiko terutamanya pada kanak-kanak dan orang tua.

2. SENAMAN

Gim sudah tutup, jadi aktiviti apa yang boleh dilakukan? Kami telah huraikan aktiviti yang boleh dilakukan semasa bulan Ramadhan menurut waktu-waktu tertentu iaitu berbuka, selepas tarawih atau sebelum sahur. Namun, beberapa aktiviti ini masih boleh diteruskan selepas Ramadhan di rumah atau di luar tetapi dengan mematuhi syarat yang ditetapkan semasa PKPB. Kami kategorikan kepada dua iaitu aktiviti dengan peralatan dan tanpa peralatan.

TIADA PERALATAN

Jogging atau brisk walk

-Pengumuman telah dibuat bahawa aktiviti senaman seperti jogging sudah dibenarkan namun dengan mematuhi beberapa syarat contohnya tidak melebihi 10 orang, melakukan penjarakan sosial dan memakai topeng muka. Berita ini sedikit sebanyak membantu mereka yang ingin melakukan aktiviti jogging untuk menurunkan berat badan. Memandangkan bulan Ramadhan sudah tamat, hal ini boleh dimaksimukan lagi dengan pengambilan suplemen penambahan tenaga untuk mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Namun berwaspada dengan aktiviti sukan yang memakai peralatan seperti badminton, tenis, kayuhan basikal atau golf kerana melibatkan kontak dengan alatan yang mempunyai risiko virus.

Stretching atau regangan

-Covid-19, puasa atau tidak aktiviti stretching boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila. Kekalkan aktiviti ini kerana ianya baik bukan sahaja untuk tulang malah otot kita juga. Aktiviti ini sesuai dilakukan semasa Ramadhan dan praktikal untuk diamalkan selalu walaupun puasa sudah tamat.

Paling penting, setelah melakukan semua aktiviti di atas, pastikan anda terus melakukan perkara berikut:

1) JANGAN BERSENTUH DENGAN AHLI KELUARGA ATAU SESIAPA YANG BERADA DI DALAM RUMAH SELEPAS PULANG

2) TERUS BUANG TOPENG MUKA YANG DIPAKAI DAN GANTIKAN DENGAN YANG BARU

3) TERUS MANDI SELEPAS PULANG

4) TERUS BASUH PAKAIAN SENAMAN YANG DIPAKAI

DENGAN PERALATAN

Berdasarkan artikel kami sebelum ini tentang waktu terbaik untuk bersenam semasa berpuasa, dapat kami rumuskan bahawa sebarang aktiviti selepas berbuka boleh melibatkan senaman yang lebih berat dan menggunakan peralatan. Walaupun sebelum berbuka tidak digalakkan, namun pilihan untuk melakukannya secara low-key masih ada. Konsep yang sama juga boleh digunapakai selepas Ramadhan. Contohnya jenis senaman untuk diamalkan (lihat cara pengambilan suplemen tenaga sebelum senaman) sebelum sarapan dan selepas sarapan. Pastilah sebelum sarapan digalakkan senaman yang ringan dan yang berat selepas sarapan. Tapi harus ingat beberapa perkara ini dalam musim Covid-19

`1) JANGAN BERKONGSI PERALATAN SENAMAN DENGAN ORANG LAIN

2) SENTIASA BASUH TANGAN SELEPAS MENYENTUH PERALATAN SENAMAN

3) LAKUKAN HANYA DI RUMAH

4) TERUS MANDI SELEPAS BERSENAM   

5) ELAKKAN AKTIVITI GIM LUAR

Antara aktiviti-aktiviti yang senaman yang boleh dilakukan dengan peralatan pula termasuk:

-Dumbbell
-Kettlebell
-HIIT  dengan peralatan seperti skipping rope, battle rope, slam ball dan lain-lain

Pastikan sebelum mengambil sarapan anda melakukan low resistance training dengan peralatan yang ada. Namun, selepas sarapan, makan tengahari atau malam, boleh lebihkan lagi dengan jumlah repetisi dan tambahkan berat weight anda. Untuk dapatkan kesan maksimum, amalkan dengan suplemen penambahan tenaga. Klik sini.

3. PEMAKANAN

Pemakanan perlu terus dijaga samada puasa atau tidak. Namun pada waktu ini (puasa sudah tamat), proses tubuh sudah beralih daripada penggunaan lemak sebagai tenaga kepada karbohidrat dan protein. Oleh itu, bagi yang berdiet amalan pemakanan seperti yang dicadangkan semasa berpuasa masih boleh diamalkan dan waktunya hanya ditukar menjadi sarapan (sahur), makan tengahari (berbuka) dan makan malam (moreh). (Lihat sini untuk jenis makanan yang perlu diamalkan). Konsepnya tetap sama namun jika dipraktikkan terus pasti dapat membantu proses penurunan berat badan.

Terdapat juga hikmahnya semasa musim Covid-19 ini apabila aktiviti makanan luar terpaksa dihadkan. Jadi, inilah waktu terbaik untuk anda membuat eksperimen terhadap makanan sihat buatan sendiri yang selama ini kecundang akibat dugaan makanan luar. Dengan PKPB ini, perlu diingat beberapa penjagaan berikut:

1) ELAKKAN MAKAN LUAR. LEBIH BAIK BUNGKUS SAHAJA

2) AMALKAN PENJARAKAN SOSIAL JIKA MAKAN DI LUAR

3) APABILA MEMBELI BARANGAN DAPUR, SEDIAKAN HAND SANITIZER SELEPAS MENYENTUH BARANGAN-BARANGAN YANG DIBELI DI PASARAYA

4. KELANGSUNGAN

Semua aktiviti kesihatan di atas bagaikan killing two birds with one stone. Musim Covid-19 sememangnya bukan waktu yang terbaik pada tahun ini. Namun, ianya juga tanpa kita sedari membuka peluang pada kita untuk menjadi lebih bersih dan sihat. Semuanya melalui amalan yang disarankan serta aktiviti senaman dan pemakanan yang boleh diamalkan sebagai norma baharu.

Oleh itu, tiada alasan untuk kita tidak terus menjaga kesihatan diri daripada sudut aktiviti kesihatan dan juga pemakanan. Teruskan amalan-amalan seperti yang disarankan supaya kita dapat melihat dua kesan berikut:

  1. VIRUS HILANG
  2. ANDA TURUN BERAT BADAN

Bagi yang bekerja dan menghadapi perubahan bekerja daripada rumah, perkara-perkara di atas sedikit sebanyak diperlukan supaya badan terus aktif akibat batasan aktiviti luar. Dalam perspektif lain, hal ini baik bagi mereka yang sentiasa tidak sempat untuk mengamalkan gaya hidup sihat akibat traffic jam, kerja lebih waktu atau overtime di hari minggu apabila sudah semakin banyak masa yang dapat dijimatkan dengan bekerja daripada rumah. Mungkin juga membuatkan anda lebih produktif dan boleh gunakan peluang ini untuk melakukan aktiviti kesihatan daripada rumah seperti yang dicadangkan. Namun bagi ibu-bapa, hal ini mungkin lain pula. Jangan khuatir, sertai group coaching yang boleh memberi panduan senaman dan pemakanan dengan waktu yang terhad. Klik sini.

Marilah sama-sama berusaha untuk menghapuskan virus ini dan semoga kesihatan tubuh badan kita sentiasa dilindungi. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin daripada seluruh team TKO Nutrition!

#kitajagakita

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami