BERAT BADAN IDEAL LELAKI

Lelaki mempunyai BMI yang berbeza daripada wanita daripada banyak sudut terutamanya jisim otot dan pengagihan lemaknya. Selain mempunyai bentuk tubuh yang pelbagai, berat ideal untuk lelaki adalah unik berdasarkan jenis tubuh yang dimiliki. Huraiannya dijelaskan secara penuh melalui artikel ini.
berat ideal lelaki

Mempunyai berat badan yang sihat bukan sahaja membuatkan kita kelihatan baik malah memberikan perasaan yang membanggakan. Badan yang sihat boleh membuatkan kita hidup lebih lama serta bebas penyakit.

Selama bertahun kita telah diberi amaran bahawa berat berlebihan boleh menyebabkan kemungkinan terhapda masalah kesihatan. Terdapat banyak masalah kesihatan yang dikaitkan dengan obesiti termasuk strok, sakit jantung, diabetes jenis 2 dan beberapa jenis kanser (pankreas, payudara, kolorektum) dan lain-lain.

Walaupun anda tidak mengalami kesannya lagi sekarang, tetapi berat yang berlebihan boleh memudaratkan terutamanya apabila anda semakin berumur.

APAKAH BERAT BADAN YANG IDEAL?

senaman untuk lelaki turunkan berat badan

Mencapai nombor yang tepat di penimbang berat melibatkan beberapa faktor berbeza. Mereka termasuk tinggi, nisbah otot-lemak, pengagihan lemak badan, jantina dan kondisi fisiologikal yang lain.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menentukan berat ideal. Kaedah yang paling biasa digunakan adalah:

  • Body Mass Index (BMI)-Lihat artikel kami yang sebelumnya di sini.
  • Nisbah Pinggul ke Pinggang
  • Peratusan Lemak Badan

Walaupun menggunakan kaedah ini boleh memberikan anda anggaran yang baik, adalah penting untuk mengambil perhatian yang keputusannya tidak semestinya bermaksud anda tidak sihat atau cergas. Setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, baik sekiranya anda ketahui bagaimana untuk menggunakan setiap kaedah untuk mengetengahkan isu yang khusus pada jenis badan anda.

BAGAIMANA UNTUK MENGIRA BERAT BADAN IDEAL

cara mengira bmi

Dalam beberapa artikel kami yang sebelumnya, kami ada menerangkan tentang BMI. BMI membenarkan anda untuk melihat jika berat anda tergolong dalam julat ideal. Pengiraan BMI secara asasnya mengira berat anda yang selari dengan ketinggian untuk melihat keseluruhan jisim tubuh. BMI merupakan salah satu alat yang berguna untuk melihat jika seseorang mempunyai berat yang betul.

Cara untuk mengira BMI ada dapatkan berat dalam kg dan bahagikan ia dengan ketinggian pada meter kuasa dua.

BMI=kg/m^2

Atau anda juga boleh menggunakan kalkulator BMI kami.

Orang dewasa yang berumur 20 tahun dan ke atas akan tergolong dalam skala seperti di bawah:

  • Kurang berat=BMI di bawah 18.5
  • Normal=BMI antara 18.5-24.9
  • Terlebih berat=BMI antara 25-29.9
  • Obesiti=BMI 30 atau lebih

Skala yang mudah ini selalunya memberi anggapan bahawa BMI yang tinggi menunjukkan berat yang lebih dan memiliki masalah kesihatan. Pada sudut lain, BMI yang sangat rendah pula adalah petanda bahawa anda mungkin mempunyai masalah kesihatan antaranya termasuk,

  • Fungsi imun yang lemah
  • Anemia kekurangan zat besi
  • Masalah tulang

APA KEKURANGAN BMI?

BMI hanya mengambil kira berat seseorang selari dengan ketinggiannya. Namun, BMI terlepaspandang faktor lain yang sama penting seperti jumlah jisim otot, pengagihan lemak, dan ukuran pinggul ke pinggang. Contohnya, atlet yang cergas boleh mempunyai BMI yang tinggi walaupun mempunyai lemak tubuh yang rendah. Hal ini kerana atlet lebih cenderung untuk memiliki lebih jisim otot. Dalam kes ini, BMI yang tinggi dan otot yang lebih tidak bermaksud bahawa atlet tersebut adalah terlebih berat.

BAGAIMAKAH BERAT IDEAL LELAKI DIKIRA?

bagaimana berat ideal lelaki dikira

Untuk lelaki, kalkulator berat badan ideal menggunakan pengiraan berikut:

  • Formula Robinson: 52 kg +1.9 kg setiap inci melebihi 5 kaki
  • Formula Miller: 56.2 kg +1.41 kg setiap inci melebihi 5 kaki
  • Formula Hamwi: 48.0 kg +2.7 kg setiap inci melebihi 5 kaki
  • Formula Devine: 50.0 kg +2.3kg setiap inci melebihi 5 kaki

BERAT BADAN IDEAL LELAKI (BERUMUR 25 TAHUN DAN KE ATAS)

  • Dalam KG dan memakai pakaian
panduan berat badan ideal untuk lelaki

Anda boleh kelihatan bagus dan sihat pada julat berat yang luas tetapi adalah perlu untuk sedar bahawa kekurangan berat boleh dikaitkan dengan hasil kesihatan yang tidak baik dan penyabab kematian yang lebih tinggi buat beberapa kondisi. Begitu juga apabila anda berada di atas julat BMI yang sihat.

Jika berat anda adalah melebihi berat yang ideal berdasarkan ketinggian anda seperti yang disenaraikan pada carta, mudah untuk mengnggap hal itu adalah disebabkan anda tidak mempunyai lemak tetapi sangat berotot. Hal ini mungkin benar dalam beberapa kes, tetapi kebanyakan orang mempunyai berat yang lebih disebabkan oleh lemak badan. Indeks jisim tubuh anda dikira daripada ketinggian dan berat dan sangat biasa digunakan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk menilai jika anda terlebih berat atau obes.

Mereka yang berotot mungkin mempunyai BMI yang lebih tinggi serta mempunyai lemak tubuh yang rendah. Sementara itu, mereka yang kehilangan jisim otot dan menggantikannya dengan lemak mungkin kelihatan seperti mempunyai BMI normal sedangkan mereka sebenarnya mempunyai terlalu banyak lemak tubuh dan tidak mempunyai otot yang cukup untuk hasil kesihatan yang sewajarnya.

BAGAIMANAKAH RUPA KETINGGIAN DAN BERAT YANG BERBEZA?

Berada pada berat yang ideal berdasarkan ketinggian tidak menjamin anda akan kelihatan sama seperti orang lain yang turut mempunyai berat dan ketinggian yang sama. Terdapat beberapa faktor berlainan yang akan memberi kesan terhadap perbezaan rupa pada mereka yang mempunyai berat dan ketinggian yang sama.

  • Muskular: Mereka yang mempunyai jisim tubuh tanpa lemak yang lebih-otot daripada lemak- akan mempunyai penampilan berbeza daripada mereka yang mempunyai berat sama tetapi kurang muskular.
  • Perkadaran (proportions): Semua orang mempunyai perkadaran yang berbeza. Sesetengah orang lebih panjang pada kaki dan rendah di batang tubuh (torso), dan juga sebaliknya
  • Bentuk tubuh: Setiap orang mempunyai bentuk yang berbeza. Bentuk tubuh lelaki selalunya dikategorikan sebagai ectomorph, endomorph dan mesomorph.
    -Ectomorph-Tinggi dan langsing/struktur kurus. Lelaki dengan bentuk tubuh seperti ini selalunya susah untuk meningkatkan berat badan disebabkan metabolisma yang laju dan untuk menaikkan berat badan mereka harus mengambil kalori yang lebih. -Endomorph-Lebih bulat dengan saiz pinggang yang lebih luas. Mereka dengan bentuk badan seperti ini selalunya mudah untuk naik berat badan dan tanpa senaman, berat adalah disebabkan lemak yang lebih daripada otot. -Mesomorph-Bentuk tubuh yang muscular dan atletik. Lelaki dengan bentuk tubuh ini boleh naik berat badan dengan lebih mudah berbanding ectomorphs.
ectomorph endomorph mesomorph rupa bentuk berat badan lelaki
  • Tempat lemak disimpan:Lemak disimpan di seluruh badan tetapi setiap orang cenderung untuk menyimpan lemak lebihan itu di tempat yang berbeza. Sesetengah orang menyimpn lemak di perut dan batang tubuh memberikan mereka bentuk tubuh seperti buah epal. Ada juga yang menyimpannya di pinggang, punggung peha atas dan memberikan mereka bentuk buah pear.
  • Umur: Komposisi tubuh berubah semakin anda tua. Terdapat perbezaan besar setelah mencapai haid kerana hormon akan mengubah bentuk tubuh.

Oleh itu, anda tidak perlu terlalu menekankan diri untuk mencapai nombor tertentu demi mendapatkan badan yang sihat. Jika anda terlalu fokus pada penimbang berat dan menjadi hilang semangat, ambil langkah yang lebih positif. Adalah lebih penting untuk anda menjadi aktif secara fizikal dan mengambil makanan bernutrisi untuk mengekalkan fungsi badan yang kuat dan bekerja dengan baik.

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami