8 Sebab Berat Naik di Bulan Ramadan

Berpuasa di bulan Ramadan sudah pasti adalah cara yang terbaik untuk anda menurunkan berat badan, tapi amalan ini perlu dilakukan denganc cara yang betul. Jika tersilap, berat badan anda tidak akan turun, malah akan naik lagi pada bulan puasa.

Ini adalah fakta yang ramai orang tidak tahu mengenai badan kita, perut kita memerlukan masa lebih kurang 15-20 minit untuk menghantar isyarat kenyang kepada otak kita. Maknanya dalam tempoh ini, anda tidak akan rasa kenyang.

Sebab no 3 – Makan banyak dan dalam masa yang singkat

Di sini saya nak cerita antara 8 sebab yang akan membuatkan berat badan anda naik di bulan Ramadan

1. Makan tanpa henti dari waktu buka hingga sahur

Maksudnya ialah selepas anda berbuka, beberapa jam kemudian, anda akan makan pemanis mulut, lepas beberapa jam, anda akan makan lagi “moreh”. Ini adalah penyumbang utama naiknya berat badan semasa anda berpuasa.

2. Tidak aktif selepas iftar

Ya saya faham, anda penat bekerja sepanjang hari dan ingin berehat. Tapi secara logiknya, jika anda makan dan kemudian tidak menggunakan tenaga dari kalori yang anda makan. Tenaga tu semua akan ditukarkan menjadi lemak dan ini juga akan membuatkan berat badan anda naik walaupun anda berpuasa setiap hari.

Jika anda ingin lebih aktif di bulan Ramadan, anda boleh rujuk tips ini.

3. Makan banyak dan dalam masa yang singkat

Ini adalah fakta yang ramai orang tidak tahu mengenai badan kita, perut kita memerlukan masa lebih kurang 15-20 minit untuk menghantar isyarat kenyang kepada otak kita. Maknanya dalam tempoh ini, anda tidak akan rasa kenyang.

Seeloknya anda boleh berbuka puasa dengan segelas air suam dan 2-3 biji kurma, kemudian anda boleh tunaikan solat Maghrib. Selepas solat, anda boleh makan makanan anda perlahan-lahan.

4. Makan makanan yang tinggi dengan gula dan lemak

Kita semua sedia maklum, makanan yang tinggi dengan gula dan lemak sangat tidak sihat jika diamalkan selalu. Inikan pula di bulan Ramadan, kita makan pula di waktu lewat malam. Badan kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyempurnakan penghadaman.

Pada waktu makan, kita tidak lagi akan gunakan tenaga yang banyak dan badan kita akan terus tukar makanan yang kita makan tu kepada lemak dalam badan kita.

5. Banyak berbuka di luar

Bulan puasa ni biasalah, memang terlalu banyak kita tengok promosi buffet di sana dan di sini kan. Harganya bukan murah dan yang paling merisaukan ialah, ini adalah merupakan salah satu sebab berat badan kita naik di bulan Ramadan.

Ini adalah kerana selera kita akan meningkat apabila kita melihat kepelbagaian jenis makanan yang ada dan ini juga akan membuatkan kita terlebih makan kerana siapa yang tak nak cuba semua sekali kan?

6. Kurang minum air

Air adalah elemen yang sangat penting dalam kesihatan kita, ini kerana air penting untuk memastikan proses dalam badan kita berjalan dengan lancar. Tetapi ada lagi satu fungsi air yang ramai tidak tahu, air adalah sangat penting untuk mengawal selera makan kita.

Ini adalah fakta yang pelik, badan kita tidak tahu untuk membezakan samada kita kekurangan makanan ataupun minimum. Jadi, hanya 1 isyarat yang dihantar ke perut kita, iaitu isyarat yang akan membuatkan kita rasa lapar. Jadi apabila kita kekurangan air, perut kita masih akan berkeroncong dan kita akan makan tanpa henti sehingga kita “kenyang”.

7. Banyak makan karbohidrat ringkas

Terdapat 2 jenis karbohidrat, iaitu karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks, apa yang membezakan kedua ini adalah pada kandungan serat dalam karbohidrat tersebut. Karbohidrat kompleks mempunyai serat yang tinggi dan ini akan membuatkan kita kenyang lebih lama dan badan kita mengambil masa yang lebih lama untuk mengekstrak kandungan gula di dalam karbohidrat tersebut.

Dalam bahasa yang mudahnya, karbihidrat ringkas akan menghasilkan lebih banyak glukos dengan kadar yang lebih cepat. Apabila glukos ini hadir dalam badan dan tidak digunakan, ini akan mengakitkan badan kita akan menyimpan glukos tersebut, menjadi lemak.

8. Banyak minum air manis ketika berbuka

Kita selalu diberitahu, air manis tak elok kalau nak diet. Fakta ini tidak berubah walaupun semasa bulan Ramadan. Penjelasanya sama seperti di dalam point no 7, ini adalah kerana gula adalah sejenis karbohidrat yang ringkas.

Sebagai alternatif, anda boleh beralih kepada makan buah-buahan segar yang dipotong, ini merupakan sunnah dan sangat sihat.

“ohhh patutlah berat aku naik walaupun aku puasa tak tinggal !”

Tidak mustahil untuk anda turun berat badan dengan cara yang sihat pada bulan Ramadan. Jika anda inginkan lebih tips untuk turunkan berat badan pada bulan puasa, anda boleh rujuk pada blog Ikut Tips Ni Kalau Nak Kurus Ramadan Ni.

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami