7 Kebaikan High-Intensity Interval Training (HIIT)

7 Kebaikan High-Intensity Interval Training (HIIT)

Dan mengapa ianya sangat penting untuk anda

High-intensity interval training (HIIT) merupakan sebarang senaman yang diselang-selikan antara tahap intensity dan berehat untuk masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, untuk yang baru nak mula HIIT, boleh cuba untuk berlari pecut selama 1 minit, kemudian berjalan selama 2 minit. Dan kemudian ulang semula berlari pecut 1 minit dan berjalan selama 2 minit. Bunyi macam mudah tapi terbukti ini adalah senaman yang paling berkesan untuk meningkatkan stamina anda dalam jangka masa yang panjang.

Ianya sungguh efisyen !

HIIT sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual yang sangat ketat, anda boleh buat senaman HIIT semasa tengah hari atau pada waktu petang. Kajian telah menunjukkan anda akan dapat capai lebih progress melalui hanya 15 minit membuat HIIT (3 kali seminggu) jika dibandingkan dengan berjogging selama sejam. Hanya dengan melakukan HIIT selama 2 minggu dapat meningkatkan stamina anda sama dengan 6-8 minggu senaman biasa.

Anda akan bakar lebih BANYAK LEMAK

Bukan sahaja anda dapat membina stamina yang tinggi dengan melakukan HIIT, badan anda juga akan terus membakar lemak dalam masa 24 jam SELEPAS anda melakukan senaman HIIT. Ini kerana badan anda akan masuk ke dalam repair cycle hyperdrive.

Kesihatan jantung anda akan meningkat

Kebanyakkan dari kita tidak biasa untuk push senaman kita ke anaerobic zone (dimana anda rasa jantung anda macam nak terkeluar dari badan). Tapi dalam kes ini, senaman yang ekstrem akan membuahkan hasil yang ekstrem. Daripada kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan pelumba basikal selepas melakukan HIIT selama 8 minggu, mereka dapat mengayuh 2 kali ganda lebih jatuh dengan mengekalkan pace yang sama.

Anda tidak perlukan apa2 peralatan

Berlari, berbasikal, skipping atau berenang adalah antara senaman yang boleh digunakan untuk HIIT anda, senaman ini tidak memerlukan apa2 peralatan pun ! High knees, fast feet atau apa-apa senaman plyometric seperti jumping lunges juga terbukti sangat berkesan untuk menaikkan kadar denyutan jantung anda. Malah peralatan seperti dumbbell dapat membuatkan senaman HIIT anda kurang berkesan kerana anda tidak push jantung anda tetapi hanya pada lengan anda.

Bakar LEMAK dan bukan OTOT

Sesiapa yang penah diet mesti tahu macam mana susah untuk anda mengekalkan otot badan anda. Walaupun anda membuat cardio yang cukup, tapi anda masih juga mempunyai muscle loss yang tinggi. kajian menunjukkan senaman HIIT dapat mengekalkan otot anda dan pada masa yang sama dapat mengekalkan kadar pembakaran lemak badan anda.

HIIT meningkatkan metabolisma anda !

Selain daripada dapat meningkatkan pembakaran lemak dan mengekalkan otot, HIIT juga merangsang pengeluaran growth hormon sehingga 450 peratus selama 24 jam selepas anda habis bersenam. Ini adalah sesuatu yang baik kerana growth hormon berfungsi untuk meningkatkan pembakaran kalori dan juga memperlahankan proses penuan, membuatkan anda kelihatan lebih muda di dalam dan di luar !

Ia memang mencabar

Ini bukahlah senaman yang anda boleh buat sambil membaca surat khabar atau majalah. Memandangkan masa yang diperlukan adalah sangat singkat, anda akan bekerja keras sepanjang masa bersenam. HIIT dapat memberikan cabaran kepada mereka yang selalu melakukan senaman dan masih dapat memberikan kesan yang positif.

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami