5 Kesalahan Diet Rendah Karbo (Low-Carb Diet)

Walaupun ia merupakan antara diet yang akan memberikan anda hasil yang positif, tapi ada juga beberapa halangan yang selalunya akan menyekat anda daripada mendapatkan hasil yang anda inginkan.

Low-Carb, atau diet rendah karbohidrat adalah antara diet yang paling popular dikalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Walaupun ia merupakan antara diet yang akan memberikan anda hasil yang positif, tapi ada juga beberapa halangan yang selalunya akan menyekat anda daripada mendapatkan hasil yang anda inginkan.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, mengurangkan pengambilan karbohidrat tidak mencukupi.

Ini adalah 5 kesalahan diet low-carb yang paling banyak kita lakukan.

1. Makan terlalu banyak karbohidrat

Walaupun tiada sebarang sekatan untuk jenis karbohidrat yang anda patut makan, selagi anda makan 100 hingga 150 gram karbohidrat dalam sehari, sudah cukup. Ia adalah jumlah yang sangat rendah untuk diet yang biasa untuk orang Malaysia.

Anda akan mendapatkan hasil yang bagus selagi anda makan karbohidrat yang tidak diproses, makanan yang segar.

Kebanyakkan orang perlu makan di bawah 50 gram karbohidrat untuk mencapai ketosis.

Bunyi macam senang, tapi anda perlu ingat bahawa sayur, buah-buahan juga mempunyai karbohidrat yang perlu diambil kira.

2. Makan terlalu banyak protin

Protin adalah salah satu makronutrien yang penting dan kebanyakkan dari kita tidak mengambilnya dengan cukup.

Protin dapat menbuatkan anda rasa kenyang jika dibandingkan dengan makronutrien yang lain.

Secara umumnya, protin sepatutnya meningkatkan kadar berat badan yang turun dan memperbaiki komposisi badan anda.

Apabila anda mengambil protin lebih dari apa yang badan anda perlukan, asid amino yang terkandung di dalam protin tersebut akan ditukarkan kepada glucose melalui proses gluconeogenesis.

Ini akan menjadi masalah utama untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana glucose akan ditukar kepada lemak jika tidak digunakan.

3. Takut untuk makan lemak

Kebanyakkan dari kita mengambil makanan yang majoritinya adalah daripada sumber karbohidrat dan bijirin.

Apabila anda mengurangkan sumber tenaga daripada diet anda, anda perlu menggantikanya dengan sumber yang lain.

Walaubagaimanapun, ada yang berpendapat kalau anda membuang terus lemak, diet anda akan lebih seimbang. INI ADALAH SALAH.

Jika anda tidak makan karbohidrat, anda perlu lebihkan pengambilan lemak untuk digantikan balik sebagai sumber tenaga kepada badan anda. Jika anda tidak menggantikan sumber karbohidrat dengan lemak, anda akan berasa lapar dan tidak bertenaga.

Tidak pernah ada kajian saintifik yang membuktikan bahawa makan lemak tu tidak elok untuk diet anda. Selagi anda dapat mengelakkan trans fat dan memilih hanya monounsaturated fat dan omega-3 lemak, anda akan dapat diet yang seimbang.

Pengambilan lemak lebih kurang 70% daripada jumlah kalori anda adalah sangat bagus untuk anda yang mengamalkan diet yang rendah karbohidrat atau ketogenic diet.

Untuk mendapat 70% lemak dari kalori anda, anda perlu memilih lemak yang sihat untuk dimasukkan ke dalam diet harian anda.

4. Tidak mengambil sodium

Salah satu daripada mekanisma penurunan berat badan melalui diet rendah karbo adalah pengurangan paras insulin di dalam badan.

Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab untuk badan anda menyimpan lemak di dalam badan anda.

Di dalam diet randah karbohidrat, paras insulin anda akan menurun dan badan anda akan menggunakan sodium yang ada, dan juga air. Ini adalah punca ada pengamal diet rendah karbohidrat mengalami bloating semasa baru nak bermula.

Walaubagaimanapun, sodium adalah electrolyte yang sangat penting untuk badan anda. Paras sodium yang rendah akan membebankan buah pinggang.

Ini adalah sebab anda akan mendapat kesan sampingan daripada diet rendah karbohidrat anda. Contoh adalah seperti pening kepala, kelesuan, sakit kepala dan sembelit.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meningkatkan pemgambilan sodium di dalam diet harian anda. Cara paling mudah dengan menambahkan garam dalam diet anda.

5. Cepat berputus asa

Badan manusia lebih mudah untuk menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga.

Jika anda menyekat terus pengambilan karbohidrat, badan anda perlu mencari alternatif lain untuk mendapatkan sumber tenaga.

Ia mungkin akan mengambil masa beberapa hari atau beberapa minggu untuk badan anda membiasakan diri dengan ketiadaan karbohidrat. Dalam masa ini, anda mungkin akan berasa tidak selesa dan seakan tidak sihat.

Ini dipanggil keto flu dan ia berlaku apabila anda langsung tidak mengambil karbohidrat dalam diet anda.

Jika anda rasa kurang sihat untuk beberapa hari, anda mungkin akan berhenti untuk diet. Sebenarnya ini adalah salah, kerana badan anda masih dalam tempoh membiasakan diri dengan diet yang baru.

Oleh itu, JANGAN PUTUS ASA dan teruskan diet yang anda amalkan. Tapi anda juga mesti pastikan anda mendapatkan nasihat daripada sumber yang betul untuk memastikan kesihatan anda terjamin.

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10% OFF

Dapatkan diskaun 10% untuk pembelian pertama dan jadi yang terawal untuk mengetahui tentang produk dan info terkini daripada kami